Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka ditubuhkan di bawah Jabatan Peguam Negara, Malaysia yang berfungsi untuk :

  • menasihati Kerajaan Negeri Melaka mengenai apa-apa perkara undang-undang.
  • menggubal undang-undang bagi Negeri Melaka dan menguruskan penyiarannya dalam Warta. 
  • mengendalikan pendakwaan bagi kes jenayah.
  • mewakili Kerajaan Negeri Melaka dalam semua guaman sivil.
  • membuat semakan dan cetakan semula Enakmen Negeri Melaka.
  • menyediakan dokumen undang-undang bagi Kerajaan Negeri Melaka.
  • membantu Kerajaan Negeri Melaka memberi nasihat perundangan di setiap aspek pentadbiran negeri, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta.
  • bertanggungjawab dalam penggubalan perundangan negeri untuk disiarkan dalam Warta.
   
   
   
Selamat Datang Ke Pejabat Undang- Undang Negeri Melaka
Penafian:

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web ini, tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh Peguam Negara ataupun Kerajaan Malaysia tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Peguam Negara atau Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunnaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.

© Hak Cipta 2007 Pejabat Undang-Undang Negeri Melaka. Hak Cipta Terpelihara.