GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

AUDIO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6, Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 


Utama / Galeri / Buku-Buku IKSEP Buku Terbitan Terbaru

BUKU-BUKU IKSEP 2013-2010

 

Bil

Buku

Keterangan

1.

 

 6

   Harga  : RM 25.00

 

 

Editor : Hj. Mokhtar  Yasin ( Sasterawan Pertama Negeri Melaka )

 

   Sinopsis:

   

Buku ini banyak menjurus dalam pelbagai bentuk puisi seperti romantis,patriotik  dan  bentuk-bentuk lain yang amat puitis dengan bahasa yang lembut serta idea yang sesuai untuk pembaca generasi muda.

 

2.

 

 5

   Harga : RM 250.00

 

Ketua Editor: Prof. ( Adj ) Datuk Dr. Hj Mohd Jamil bin Mukmin

Tim. Ketua Editor : Datuk Haji Azizi Bin Ujang

 

Editor: Haji Mohktar Yasin , Haji Mohd Yasin Ahmad, Dr. Haji Haron Kidam dan Mat Hassan Abdullah]

 

  Sinopsis:

 

Pantun  ialah  puisi  traditional  Melayu  turun  temurun  yang  tertua  di dalam  budaya  Melayu, selain  mentera. Ia  menggambarkan  jiwa  dan  peribadi  bangsa Melayu  dari  sudut keindahan  dan  bahasanya. Pantun  juga  adalah  akar  budi  dan daya  rasa  yang  selalu  membijaksanakan fikiran  dan  memperindahkan  perasaan. Ia  wujud  dalam  pelbagai wajah  dan  rupa  bentuk. Boleh  dikatakan  semua  suku  bangsa di Alam Melayu mempunyai  bentuk  pantunnya  sendiri  mengikut  di alek  masing-masing.Pantun  digunakan untuk menyindir,berjenaka,memberi nasihat dan sebagai hiburan. Sejuta  Pantun  ini secara  tidak  langsung  akan memartabatkan  keunggulan pantun  sebagai  Warisan bangsa,tak  lapuk  ditelan  zaman di samping  dapat mencungkil dan  kehalusan  bahasa Melayu  silam daripada  aspek definisi,sejarah serta jenis-jenis  pantun dan keistimewaan bait,rangkap dan iramanya yang  sentiasa menjadikan para  pendeganr  kagum dan  meminati dalam  memahami  maksud di sebalik sesebuah  pantun yang  dituturkan 

3.

 

 4

 

   Harga : RM 35.00

 

Editor : Dr. Zulkarnain  Abdul Rahman

               Hj. Jamil  Bin Jamaat

               Nasaruddin Bin Ab. Rahman

 

Sinopsis:

 

  Kajian  ini  dilakukan  dengan  tujuan  meneliti  sejarah perkembangan             hubungan  bilatera Melaka-Makassar( Ujung  Padang ) dan memperkasakan     hubungan Melaka-Makassar  pada Abad  21. Asas  kepada  usaha  ini  ialah     hubungan  sejarah, diplomatik dan perdagangan yang  telah  sekian  lama         wujud  di  antara Melaka  dengan  Makassar sejak  zaman  Kesultanan             Melayu Melaka yang  diasaskan pada  tahun 1262. Hubungan  perdagangan     dua hala  Melaka-Mekassar bukan  hanya  melibatkan  pertukaran  komoditi     semata-mata.Menerusi perdagangan dua ini berlaku pertukaran                       idea,percambahan bahasa,perkongsian nilai,kesenian,pendidikan dan               sumber  manusia, kesenian dan kebudayaan yang boleh di perkasakan             dalam  konteks hubungan Melaka-Makassar

4.

 

 3

     Harga : RM 25.00 

 

Editor: Prof. ( Adj ) Datuk Dr. Hj Mohd Jamil bin Mukmin

 

  Sinopsis:

 

Kisah sejarah yang mempaparkan kepahlawanan dan perjuangan Sultan Mahmud bersama isterinya Tun Fatimah menentang Portugis merupakan peristiwa sejarah yang ulung bagi oran-orang Melayu menentang pencerobohan penjajah Barat di Alam Melayu ini.Perjuangan dan pengorbanan Tun Fatimah sepanjang hayatnya untuk mengembalikan kedaulatan Melayu khususnya menentang Portugis di Melaka membuatkan beliau diberi gelaran sebagai “Serikandi Melaka” atau “ Tun Fatimah Serikandi Melayu “.

 

 

 

 

 

1 | 2 | 3